Monday, April 25, 2011

PROGRAM PEMILIHAN GIMNAS PELAPIS SUKAN GIMRAMA 2011

Tarikh : 23hb April 2011 ( Sabtu )
Tempat : Dewan Sukan Gimrama , Pusat Sukan Seksyen 6 Shah Alam.
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang


Program julung kali bagi sukan gimrama ini adalah anjuran kerjasama antara USPTN Selangor, Majlis Sukan Negeri Selangor dan Persatuan Gimnastik Amatur Selangor. Seramai 55 orang gimnas cilik dari pelbagai kelab-kelab sukan gimrama dan sekolah negeri Selangor hadir bagi menyertai program pemilihan ini.

Panel pemilihan terdiri daripada 3 orang dan diketuai oleh Cik Elena Mesyeryakova ( Jurulatih Program Pelapis ) , dibantu oleh Cik Norzalwani (PT USPTN Selangor ) dan PPN. Objektif program ini diadakan adalah untuk mencari gimnas terbaik bagi melengkapkan pasukan terbaik negeri Selangor dalam program Pelapis Negeri.

Encik Leong Theng Choon selaku Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan MSN Selangor, telah meluangkan masa untuk hadir ke program ini. Beliau sempat memberi sepatah dua kata dalam perjumpaan ringkas bersama dengan jurulatih dan ibubapa. Beliau mengucapkan setinggi terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan oleh jurulatih dan ibubapa dalam membangunkan sukan gimrama di negeri Selangor.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan Selamat maju jaya bagi mereka yang terpilih :)

Laporan disediakan oleh:
SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR

Sukan Badminton & Gimnastik

No comments:

Post a Comment