Sunday, April 29, 2012

KLINIK SUKAN USPTN SELANGOR 2012

TARIKH   :  25HB APRIL 2012 ( RABU )
TEMPAT   ; SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERU, KLANG SELANGOR
 MASA      :  8.00 PAGI - 1.00 PETANG


Sukan Sepak Takraw

Sukan Angkat Berat

Sukan berbasikal

Sukan Olahraga

Jurulatih SUKMA sukan silat negeri Selangor, Encik Zulnizam
                                            
Demo sukan memanah

Perbincangan awal dengan guru sekolah Encik Maswi
    
                           Antara pelajar yang mencuba peralatan sukan memanah

Klinik Sukan , Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor 2012 ini telah di adakan di SMK Meru Klang pada 25hb April 2012. Berdasarkan perbincangan awal yang telah dijalankan bersama pihak sekolah, sebanyak 7 jenis sukan diketengahkan dalam program ini. 7 sukan tersebut adalah terdiri dari sukan Memanah, Berbasikal, Tinju, Olahraga, Angkat Berat, Silat dan Sepak Takraw

Jurulatih , atlet dan indivisu daripada pihak Persatuan sukan  Negeri telah mengambil bahagian dalam program ini. Para pelajar sekolah telah diberi penerangan  dengan lebih terperinci berkenaan sukan dan pelajar juga berpeluang untuk bertanyakan beberapa soalan kepada jurulatih terlibat.

Setinggi terima kasih di ucapkan kepada pihak sekolah SMK Meru Klang atas kerjasama yang diberikan sepanjang Klinik Sukan ini di adakan. Semoga kerjasama yang terjalin dapat diteruskan dari masa ke semasa .

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik & Tenpin Bowling








Friday, April 27, 2012

Pencapaian Atlet PLN Sekinchan : Kejohanan Gimnastik Artistik Sportexcel 1/2012

TARIKH  :  20 - 21 APRIL 2012
TEMPAT  : GIMNASIUM 3, MAJLIS SUKAN NEGARA, BUKIT JALIL






Kejohanan Gimnastik Artistik Sportexcel 1/2012 telah di adakan pada 20 - 21hb April 2012 dan bertempat di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Seramai 6 orang atlet dari pusat latihan SJKC Yoke Kuan Sekinchan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dengan di iringi oleh jurulatih , Encik Tee Chai Guan.

Secara keseluruhan, prestasi atlet dari PLN ini amat membanggakan di mana kesemua 6 gimnas ini berjaya memperolehi pingat kemenangan. Berikut disenaraikan pencapaian mereka :

Class 1
                                           Individu    Ring     Floor Exercise  Horizontal Bar
1) Low Jun Yan                     6/17          5                    4                        1
2) Low Jun Hong                  8/17         10                   6                       3
3) Leong Jun Yuan               11/17          9                   9                       7
4) Louis Kee Shon Wei           -              6                   6                       5

** Bagi acara berpasukan, pasukan Selangor telah menjadi Johan .

Class 2
                                          Individu     Floor Exercise   Pommel Horse  Parallel Bar
1) Lee Boon Jun                     8                    1                            5                     6
2) Low Jun Hao                    11                    6                           4                     5


Laporan disediakan oleh,

SUHANA SUHAILI
PPN USPTN SELANGOR
Sukan Gimnastik





Monday, April 23, 2012

SKUASY :LAPORAN PEMANTAUAN SDO SUKAN SKUASY

SUKAN : Skuasy

TARIKH : 21.04.2012 (Sabtu)
MASA : 12.00 Tengahari - 4.00 Petang
TEMPAT : Kompleks Sukan Astaka, Petaling Jaya


KEHADIRAN

JURULATIH : 1 JPM (Lantikan MSN Selangor)
ATLET : 5 Lelaki 5 Wanita


LATIHAN

1. Drill
2. Condition Game
3. Match Play
4. Running Court


UJIAN
Tiada ujian dijalankan


PERTANDINGAN

1. 20 orang atlet telah menyertai Kejohanan National Junior Sirkit 2 pada 5 - 8 April 2012 bertempat di Ipoh, Perak.
2. 15 orang atlet telah menyertai Kejohanan CIMB Rising Star Junior Sirkit 2 pada 19 - 22 April 2012 bertempat di Melaka.


KECEDERAAN

1. 2 orang atlet mengalami demam panas
2. 2 orang jurulatih mengalami selsema, demam dan sakit perut.


PERALATAN

1. Memerlukan bantuan grip bagi sesi latihan dan kejohanan.


PROGRAM BINAAN
Tiada program yang dijalankan.


ULASAN

1. Semasa pemantauan dijalankan beberapa atlet sedang dalam pemilihan bagi penyertaan beberapa kejohanan yang akan disertai.
2. Skuasy akan menjalankan sesi pemilihan bagi setiap penyertaan kejohanan.
3. Perbincangan ibu bapa bersama persatuan, jurulatih dan PPN berkenaan sesi latihan dan pemilihan telah diadakan semasa pemantauan dibuat.


Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

MOHD FIRDAUS ROSLI
SDO Negeri SELANGOR
Tarikh : 23.04.2012

LAPORAN PEMANTAUAN SDO SUKAN TINJU






Laporan Pemantauan

SUKAN: TINJU
Tarikh : 10.04.2012
Masa : 4.30 Petang - 6.30 Petang
Tempat : Stadium Sg. Besar, Sabak Bernam

Kehadiran :

1. Md. Kamal Bin Arshad - JSM
2. Atlet - 2 lelaki


LATIHAN

1. Teknik tumbukan
2. Stamina


UJIAN
Tiada


PERTANDINGAN

1. Seramai 9 orang atlet akan menyertai Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan yang diadakan pada 23 -
27 April 2012 di Kompleks Sukan Negara, Jalan AU 2/8, Taman Keramat, Kuala Lumpur


KECEDERAAN

1. Seorang atlet mengalami kecederaan di pergelangan tangan


PERALATAN
Tiada


PROGRAM BINAAN
Tiada


ULASAN

1. Gelanggang telah dibaik pulih.
2. Dalam proses bagi mengambil atlet-atlet baru - kekurangan atlet
3. Memohon bagi melantik 1 JSM baru.
4. PLN telah mengambil beberapa atet baru wanita di Sekolah Pemulihan Akhlak Wanita, Sabak Bernam.
5. Kedatangan atlet amat kurang ini disebabkan program Kokurikulum sekolah.

LAPORAN PEMANTAUAN SDO SUKAN MENEMBAK






LAPORAN PEMANTAUAN

SUKAN: MENEMBAK

Tarikh : 07.04.2012
Masa :10.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Lapangsasar Menembak Subang

Kehadiran :

1. Ishvari Jahnava - JPM (Lantikan MSN Selangor)
2. Shakimi Mohamed - JSM (Lantikan MSN Selangor)
3. Atlet - 11 lelaki, 8 wanita

LATIHAN

1. 10 meter Air Pistol & Rifle
2. 25 meter Sport, Standard & Rapid Fire Pistol


UJIAN
Tiada


PERTANDINGAN

1. Seramai 25 orang atlet akan menyertai Kejohanan Sportexcel 3rd yang diadakan pada 11 - 15 April 2012.


KECEDERAAN
Tiada.


PERALATAN

1. Mohon untuk bantuan alat ganti dan senjata yang baru.


PROGRAM BINAAN
Tiada


ULASAN

1. Range 50M sedang dibaikpulih.
2. Komitmen persatuan dan ibu bapa serta sekolah berdekatan amat memberangsangkan.
3. Cadangan bagi melantik seorang jurulatih separuh masa dalam proses permohonan.


Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Mohd Firdaus Bin Rosli
SDO Menembak Negeri Selangor
Tarikh: 12.04.2012

Monday, April 2, 2012

PELAYARAN :LAPORAN LATIHAN PUSAT SUKAN PELAYARAN SELANGOR

Tajuk : Latihan Pusat Sukan Pelayaran Negeri Selangor

Tempat : Pusat Latihan Kebangsaan, Langkawi, Kedah

Tarikh : 31 Mac hingga 6 April 2012

Jumlah Atlet : 17 orang

Atlet telah memulakan latihan pada 31 Mac dan latihan berjalan dengan lancar. Tahniah pada Pihak Persatuan Sukan Layar Selangor kerana telah menguruskan latihan pusat ini dengan baik.

Latihan kali ini lebih mensasarkan pada latihan fizikal dan teknikal yang lebih terperinci dengan bantuan bekas jurulatih elit negara dan sessi latihan akan dirakam untuk mengenalpasti kelemahan teknik pada atlet

Laporan akan bersambung pada esok. Sekian terima kasih

--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MEMANAH, PELAYARAN & OLAHRAGA
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR