Monday, July 21, 2014

ANGKAT BERAT - MESYUARAT PELAKSANAAN AGENSI LUAR - SMK ABD JALIL

Tarikh : 16 Julai 2014

Masa : 10.30 pagi

Tempat : SMK ABD JALIL, BATU 14, HULU LANGAT

Penyertaan : 

1. Pengerusi Mesyuarat : Pengetua SMK Abd Jalil

2. Ahli-ahli mesyuarat : 

2.1 Penolong Kanan Kokurikulum
2.2 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
2.3 Penyelaras Sukan Angkat Berat Sekolah
2.4 Wakil MSN Selangor - 
2.5. Wakil USPTN - KU dan PPN
2.6 Setiausaha Persatuan Angkat Berat Selangor
2.7 JPM dan JSM Angkat Berat

Mesyuarat menjurus kepada penempatan atlet terbaik negeri ke sekolah ini. Pihak MSNS dan Persatuan ingin menjadikan sekolah ini sebagai sekolah angkat bagi sukan angkat berat memandangkan ramai atlet dan bekas-bekas lahir dari sekolah ini.

Secara dasarnya pihak sekolah tiada halangan dan akan memberikan tempat penginapan asrama pada atlet yang dipilih. Walaubagaimanapun, atlet-atlet yang dipilih perlu mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. 

Dikesempatan itu juga, Pn Zie mencadangkan sekolah ini dijadikan Program Pengalakkan Sukan (PPS) Sukan Angkat Berat. Pihak sekolah bersetuju dengan cadangan tersebut dan tempat latihan akan disediakan (seperti digambar).

Sekian, diharapkan kerjasama yang berterusan dari pihak sekolah bagi mencapai matlamat mencari pelapis angkat berat bertaraf dunia.

--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN ANGKAT BERAT, GIMNASTIK ARTISTIK, SQUASH DAN TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR






Wednesday, July 2, 2014

ANGKAT BERAT - PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN CAWANGAN PELAPIS NEGERI KE PUSAT LATIHAN NEGERI

Tarikh : 26 Jun 2014

Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat Selangor, Batu 18, Hulu Langat

Penyertaan : En Giam Fook Pang, Pengurus Sukan Pelapis, Pn Zie Ileana Izra Ujang, Ketua Unit Pelapis Negeri Selangor, PPN dan JSM Angkat Berat, En Tamyiz Johari

Masa : 6.00 ptg - 8.00 mlm 

Lawatan yang disertai juga En Asri, JSM Angkat Berat SUKMA Negeri Selangor lebih menjurus kepada masalah peralatan yang sudah usang seperti bar wanita dan Platform Latihan. Cadangan untuk menjadikan SMK Abdul Jalil, Hulu Langat sebagai pusat latihan tambahan bagi mencari bakat-bakat baru juga dicadangkan, ini kerana Pengetua Sekolah berkenaan berminat untuk menjadikan sekolah pusat kecemerlangan sukan Angkat Berat di Negeri Selangor.

Dikesempatan itu juga, En Tamyiz menjemput kami semua ke kebun durian beliau dan menikmati hidangan raja buah ini. terima kasih wak......







--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN ANGKAT BERAT, GIMNASTIK ARTISTIK, SQUASH DAN TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

TINJU : PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN CAWANGAN PELAPIS NEGERI KE PUSAT LATIHAN NEGERI

Tarikh : 28 Jun 2014

Tempat : Kompleks Sukan Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor

Penyertaan : En Giam Fook Pang, Pengurus Sukan Pelapis, Pn Zie Ileana Izra Ujang, Ketua Unit Pelapis Negeri Selangor, PPN dan JSM Tinju, En. Kamal Arshad

Masa : 1.30 petang

Tiada latihan yang dijalankan kerana jurulatih memberi cuti sempena bulan Ramadan yang akan disambut pada esok hari.

Jurulatih memohon peruntukkan 'Puncing Upper Cut Attachment'  (gambar disertakan) dan juga Punching Glove yang rata.

Difahamkan juga bahawa pihak Majlis Daerah Sabak Bernam dalam perancangan untuk membina gelanggang tempur yang baru berdekatan dengan kompleks ini.

sekian, harap maklum







--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN ANGKAT BERAT, GIMNASTIK ARTISTIK, SQUASH DAN TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

GIMNASTIK : PEMANTAUAN PENGURUS SUKAN CAWANGAN PELAPIS NEGERI KE PUSAT LATIHAN NEGERI

Tarikh : 28 Jun 2014
Tempat : Dewan Gimnasium Gimnastik SJKC Yoke Kuan, Sekinchan
Penyertaan : En Giam Fook Pang, Pengurus Sukan Pelapis, Pn Zie Ileana Izra Ujang, Ketua Unit Pelapis Negeri Selangor, PPN dan JLN MAG, Jia Yong Li






Sessi latihan pada hari itu telah berakhir pada jam 12.00 tengahari. Lawatan lebih menjurus kepada masalah bumbung pusat latihan yang sering mengalami kebocoran apabila hari hujan dan 'floor mat' terpaksa dikeluarkan untuk dijemur kerana terkena air.

Pihak unit akan segera mengambil tindakan bagi mencari kontraktor memandangkan kelulusan sudah diterima.

sekian, harap maklum
--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN ANGKAT BERAT, GIMNASTIK ARTISTIK, SQUASH DAN TINJU
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR