Monday, November 28, 2016

KEM BAKAT & PELAPIS SELANGOR 2016





TARIKH    :  23 - 25 NOVEMBER 2016
TEMPAT    : KEM SRI RAUDAH, GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN
PESERTA  : 65 ATLET, 8 PEGAWAI & 10 URUSETIA

Kem Tahunan kali ini telah menghimpunkan seramai 65 orang atlet dari beberapa jenis sukan dengan diiringi 8 orang pegawai Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor. Kem ini telah dikendalikan oleh Masterpiece Harvest Sdn. Bhd (MPH).

Sepanjang 3 hari 2 malam kem ini dijalankan dengan cuaca yang tidak menentu ianya tidak menganggu perjalanan program yang telah dijadualkan. Atlet-atlet telah di uji ketahanan fizikal dan mental mengharungi cabaran "Jungle Trekking" & "Blind Trial" pada hari kedua di mana mereka meredah hutan dalam keadaan basah hujan, kemudian menguji kesabaran dan kesepakatan mereka dalam berkumpulan selaku menjalani aktiviti 'survival cooking'. Pada sebelah malam pula persembahan kebudayaan diadakan dan atlet-atlet masih lagi bersemangat walaupun pada sesipagi telah banyak mejalankan aktiviti "outdoor".

Hari ketiga dan terakhir kem, para peserta masih berkesempatan menjalankan aktiviti mereka bersama Team MPH. Bagi Perasmian Penutup Kem Bakat & Pelapis Selangor 2016, ianya telah disempurnakan oleh Ketua Unit Persediaan Atlet, Puan Harlisa binti Rozikin.

Akhir sekali dari pihak USPTN Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada MSN Selangor, MPH Sdn. Bhd, Kem Sri Raudah, Pihak Persatuan, Atlet-atlet, Guru, Ibu Bapa serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kem pada tahun ini, Sekian.

JUMPA LAGI TAHUN HADAPAN !!!

Laporan disediakan oleh

MOHD FIRDAUS ROSLI
Pegawai Pembangunan Negeri
Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor

No comments:

Post a Comment