Wednesday, March 1, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN DAERAH (PLD) SMK RAJA MUDA MUSA, BESTARI JAYA.


Tarikh                    :  27hb Februari 2017 ( Isnin )
Tempat                   :  Pusat Latihan Daerah, SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya Selangor
Masa Latihan         :  9.00 - 11.30 Pagi
Masa Pemantauan  :  9.00 Pagi - 11.15 Pagi

Kehadiran 
1) Encik Azhar Bin Osman ( JSM )
    Atlet : 18  Orang lelaki ( 9 atlet lama & 9 atlet baru )










Program Latihan

1) Front Squat
2) Power Clean
3) Power Jerk
4) Deadlift
5) Push Press

Ujian
- Tiada.

Pertandingan
-  Atlet menjalani latihan seperti biasa. Sebahagian dari jumlah atlet ini menjalani latihan persediaan ke Kejohanan Dalaman yang akan di adakan pada 1hb April sebagai pemilihan ke Kejohanan Karnival Bakat 2017, Terengganu.

Peralatan 
- Jurulatih memaklumkan dua bar diperlukan bagi kegunaan latihan atlet.

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan 
- Jurulatih memaklumkan 9 orang atlet baru telah menjalani latihan masukminggu ketiga dan menunjukkan perkembangan yang baik.

- Jurulatih memaklumkan hanya dua orang atlet berlatih pada sesi petang.

- Jurulatih memaklumkan program TID akan dijalankan pada 4hb Mac 2017. Seramai 9 orang atlet baru yang akan di ambil bagi memasuki program.

- Saya berpeluang untuk berjumpa dan mengadakan perbincangan bersama dengan Tuan Pengetua sekolah Encik Azmi Bin Misron, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Encik Halim Bin Omar dan Encik Mazzam, Guru Kanan Matapelajaran Bidang Kemanusiaan . Tuan Pengetua memaklumkan  pihak sekolah bercadang untuk mewujudkan asrama bagi atlet sukan angkat berat sekolah ini. memandangkan terdapat sebuah bilik kemudahan bagi tujuan tersebut. Tuan Pengetua memohon agar pihak MSN dapat membantu bagi penyediaan katil bertingkat bagi kegunaan atlet. Difahamkan pihak sekolah akan mendapatkan bantuan dari pihak Syarikat Hartalega bagi pengubahsuaian kemudahan ini menjadi asrama bagi atlet.

- Perkara lain yang dibangkitkan oleh Tuan Pengetua adalah masalah ketiadaan jurulatih di pusat latihan ini. Beliau berpendapat jika ada jurulatih selain cikgu Azhar ( Guru sekolah ), mungkin akan lebih baik kerana jurulatih tersebut akan lebih fokus berbanding Cikgu Azhar yang  mempunyai kekangan keran terlibat dengan tugasan sebagai seorang guru sekolah.

- Pusat latihan ini akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan dalaman yang akan di adakan pada 1hb April 2017.

- Jurulatih memaklumkan pihak Syarikat Hartalega telah menyumbangkan sebanyak 3 peralatan gim ( tambahan )

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.



No comments:

Post a Comment