Thursday, March 2, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI , SMK RANTAU PANJANG, KLANG.


Tarikh                     :  28hb Februari 2017 ( Selasa )
Tempat                   :  Pusat Latihan Negeri, SMK Rantau Panjang Klang, Selangor
Masa Latihan         :  3.30 - 5.30 Petang
Masa Pemantauan  :  3.30 - 5.15 Petang

Kehadiran 

1) Encik Suhaizad Bin Subari ( JSM )
    Atlet : 16 Orang ( 7 lelaki & 9 wanita )










Program Latihan

1) Front Squat
2) Deadlift
3) Push Press

Ujian
- Tiada.

Pertandingan
- Tiada pertandingan disertai pada bulan ini. Atlet menjalani latihan sebagai persediaan bagi penyertaan Kejohanan Dalaman yang akan di adakan bagi pemilihan ke karnival Bakat Pelapis 2017 .

Peralatan 
- Jurulatih memaklumkan 'disc' 10kg telah  retak. Pusat ini juga kekurangan bar 15kg & 20kg.

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan 
 - Sesi latihan berjalan dengan lancar. Kehadiran atlet pada sebelah petang adalah lebih ramai berbanding atlet yang menjalani latihan pada sebelah pagi.

- Jurulatih memaklumkan 5 orang atlet telah melepasi kelayakan bagi  penyertaan ke Kejohanan Angakt Berat peringkat kebangsan yang akan di adakan pada 17-21 Mac 2017 di Terengganu.

- Jurulatih memaklumkan ada seramai 3 orang atlet baru yang dikenalpasti berpotensi dalam sukan ini. Beliau mencadangkan untuk membawa atlet tersebut semasa Kejohanan Karnival Bakat di Perlis pada bulan April 2017.

- Atlet di pusat latihan ini juga akan menyertai Kejohanan Dalaman yang akan di adakan pada 1hb April 2017 bagi pemilihan ke penyertaan Karnival Bakat Pelapis 2017, Perlis.

 Sekian, terima kasih
          
SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.








No comments:

Post a Comment