Monday, March 27, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN


Tarikh                     :  25hb Mac 2017 ( Sabtu )
Tempat                   :  Pusat Latihan Negeri SMK Rantau Panjang, Klang
Masa Latihan         :  9.00 - 11.30 Pagi
Masa Pemantauan  :  9.00 Pagi - 11.00Pagi

Kehadiran 

1) Encik Suhaizad Bin Subari ( JSM )
    Atlet : 16 Orang ( 7 lelaki & 9 wanita )

Program Latihan

1) Power Snatch
2) Power Clean & Jerk
3) Push Press











Ujian
- Tiada

Pertandingan
- Atlet menjalani latihan sebagai persediaan bagi penyertaan di Kejohanan Dalaman Angkat Berat Selangor yang akan di adakan pada 1hb April 2017. Kejohanan dalaman ini nanti bagi memilih atlet yang layak untuk di bawa ke Kejohanan Karnival Bakat, Perlis pada April 2017.

Peralatan
- Pusat latihan ini juga mempunyai masalah kekurangan peralatan bar, terutamanya bar wanita.

Kecederaan
- Tiada kecederaan atlet dilaporkan oleh jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan 

Jurulatih memaklumkan ada atlet yang tidak hadir menjalani latihan kerana masih bercuti di kampung.

- 4 orang atlet yang telah menyertai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan di Terengganu , meneruskan latihan bagi memperbaiki angkatan untuk kelayakan ke kejohanan di Johor pada 28hb April 2017.

- Jurulatih memaklumkan dua orang atlet wanita bawah 13 tahun akan dibawa bagi menyertai Kejohanan Karnival Bakat, Perlis buat kali pertama.

- Jurulatih membuat teguran kepada seorang atlet wanita yang telah sambil lewa melepaskan besi sehingga hampir mengakibatkan kecederaan. Jurulatih telah membuat teguran kepada atlet tersebut. 

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


No comments:

Post a Comment