Thursday, March 2, 2017

RENANG : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET


Tarikh    :  28hb Februari 2017 ( Selasa )
Tempat  :  Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam Selangor
Masa latihan : 7.30-9.30 Malam.
Masa pemantauan : 7.45-9.15 Malam.

Kehadiran 

1) Encik Mohktar Bin Hamidi ( Jurulatih )
2) Encik Foo Jian Beng ( Jurulatih )
3) Atlet : 30 orang.








Ujian
- Tiada.

Pertandingan
- Sebahagian  atlet menjalani latihan sebagai persediaan bagi penyertaan ke Kejohanan 53rd MILO/PRAM Malaysia National  Age Group Championship 2017 yang akan di adakan di Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka pada 9 - 12hb Mac 2017.

Peralatan 
- Berkeadaan baik

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan
- Tiada di adakan pada bulan Februari 2017.

Ulasan 

- Jurulatih memaklumkan sebahagian atlet telah menyertai Kejohanan MSS yang telah di adakan pada 14-17hb Februari 2017 bertempat di Pusat Akuatik Darul Ehsan. 

- Jurulatih Mohktar Hamidi memaklumkan , seramai 16 orang atlet di bawah kendalian beliau pada tahun 2016 telah dinaikkan  ke program latihan bersama En Ong Jin Kooi ( JPM ). 

Sekian, terima kasih

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.



No comments:

Post a Comment