Wednesday, June 21, 2017

TERJUN : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( 02/6 )


TARIKH                       :  20hb Jun 2017 ( Selasa )
TEMPAT                      :  Pusat Akuatik Darul Ehsan , Shah Alam Selangor.
MASA LATIHAN           : 4.00 - 6.00 petang 
MASA PEMANTAUAN  : 4.45  - 5.40 petang

KEHADIRAN :

1)  Jurulatih : Encik Rossarisham Bin Roslan ( JPM )
2)  Jurulatih : Puan Nur Hazzarina Binti Jimie ( JSM )
     Atlet : 18 Orang ( 7 senior & 11 junior )

Program Latihan

 - Springboard 
 - Pool : 
 - Platform








Ujian
Tiada

Pertandingan
- Atlet telah menyertai Kejohanan Singapore Invitational Age Group Diving Championships pada 9-11 Jun 2017. Pencapaian Selangor berjaya meraih 6 Emas , 10 Perak & 6 Gangsa menerusi kejohanan tersebut.

Peralatan
- Pihak unit masih menunggu sebutharga dari pihak persatuan. Berdasarkan pemantauan yang telah dijalankan oleh USPTN dan MSNS, banyak yang perlu diperbaiki demi keselataman atlet pada masa akan datang.

Kecederaan
Jurulatih memaklumkan atlet, Ikhlas Ahmad Sharol Lail yang mengalami kecederaan kaki beberapa minggu lalu , telah menjalani latihan. Walaubagaimanapun, jurulatih memaklumkan  beliau tidak menjalani latihan yang berat.

Program Binaan
- Belum dijalankan.

Ulasan

- Jurulatih memaklumkan sesi latihan dipendekkan pada bulan ramadhan iaitu dari jam 4.00 - 6.00 petang berbanding masa latihan biasa iaitu dari jam 4.00 - 7.00  petang.
- Atlet dan jurulatih akan bercuti sempena perayaan hari raya bermula sabtu, 24hb Jun sehingga 2 Julai 2017.
- Air kolam didapati agak keruh namun latihan masih boleh dijalankan.


Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562



No comments:

Post a Comment