Wednesday, June 14, 2017

ANGKAT BERAT : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN


Tarikh                     : 14hb Jun 2017 ( Rabu )
Tempat                   :  Pusat Latihan Daerah SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya Selangor
Masa Latihan         :  9.00 - 10.30 Pagi
Masa Pemantauan  : 9.00 - 10.45 Pagi

Kehadiran 

1) Encik Azhar Bin Osman ( JSM )
    Atlet : 9 Orang ( 7 lelaki & 2 wanita )

Program Latihan

1) Back Squat
2) Snatch Classic
3) Clean & Jerk
4) Snatch Pull
5) Clean Pull








Ujian
- Tiada

Pertandingan
- Tiada kejohanan di adakan mahupun yang disertai pada bulan Jun memandangkan bulan Ramadan.

Peralatan
- Sekotak kapur telah diserahkan kepada jurulatih bagi kegunaan latihan. Kapur ini adalah  ehsan daripada sukan gimnastik yang diberikan oleh PPN, En Mohd Nazrin.

Kecederaan
Tiada kecederaan atlet dilaporkan oleh jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan 

1) Jurulatih memaklumkan tempoh latihan atlit di sepanjang bulan ramadan ini hanyalah selama 1 jam setengah berbanding dari latihan biasa iaitu selama dua jam setengah.

2) Prestasi semasa atlit adalah amat memuaskan . Jurulatih memaklumkan atlet mengikuti program latihan yang telah dijalankan.

3) Jurulatih telah mencadangkan agar kem khusus untuk atlet angkat berat dapat di adakan bagi jurulatih menilai prestasi atlit secara lebih terperinci. Kem yang akan dijalankan itu, lebih fokus pada kem latihan.

4) Jurulatih memaklumkan, 3 orang atlit junior akan digugurkan daripada program setelah melihat tiada peningkatan yang ditunjukkan setelah beberapa kali sesi latihan dijalankan
5) Penambahbaikan ruang asrama sedang diusahakan bersama pihak Hartalega.

6) Jurulatih, Encik Mohd Noor Saiful akan membantu sesi latihan di pusat ini pada minggu ke - 2 dan ke - 4 kerana difahamkan pada minggu tersebut, kesemua atlet akan 
bermalam di pusat latihan selama 3 hari 2 malam bermula Jumaat hingga Ahad.

7) Minggu 1 & 2, atlit berlatih selama 5 hari manakala pada minggu ke 2 & 4, latihan yang dijalankan adalah selama 7 hari.


Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562




No comments:

Post a Comment