Saturday, September 30, 2017

RENANG : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( Bil 02/9 )


Tarikh    :  30hb September 2017 ( Sabtu )
Tempat  :  Pusat Akuatik Darul Ehsan ( PADE ), Shah Alam.
Masa latihan : 7.30 - 9.30 Pagi
Masa pemantauan : 7.30-8.30 Pagi

Kehadiran 

1) Encik Ong Jin Kooi( JPM )
2) Atlet : 20 Orang ( 13 lelaki  & 7 wanita)

Program Latihan :

Warm up :   2 x 500m
Kick : 4 x 200m breastrokes with fin.
Swim : 2 x 4 x 250m
Cool down : 1 x 200m









Ujian
- Tiada.

Pertandingan
- Tiada pada bulan September

Peralatan 
- Berkeadaan baik

Kecederaan
- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan  
- Berdasarkan pemantauan yang dijalankan, beberapa orang atlet adalah atlet
​​​​​​​​ baru dalam kumpulan jurulatih Ong Jin Kooi. Mereka adalah atlet yang telah dinaikkan peringkat berdasarkan prestasi sebelum ini.

- Jurulatih memaklumkan latihan berjalan dengan lancar dan tiada masalah sepanjang sesi latihan dijalankan seperti kebiasaanya.

- Atlet yang terlibat dengan peperiksaan utama  akan 'berehat'dari menjalani latihan bagi menumpukan pada peperiksaan.

Sekian, untuk laporan.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


PEMANTAUAN PLN SKUASY USPTN SELANGOR


SUKAN : SKUASY
tarikh : 30.9.2017 
Masa : 2.00pm - 4.00pm
Tempat : Lake View Subang
Kehadiran :
1. En. Subramaniam (JSM)
3. 7atlet lelaki 3 atlet wanita
 
LATIHAN
1. Latihan teknik
2. Sparing

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Berada dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN 
Tiada 

ULASAN
Setiap sabtu dan ahad latihan dibawah kendalian En. Subramaniam akan dilakukan di Lake View Subang. Pada hari sabtu adalah pada jam 2.00 pm - 4.00pm. Latihan pada hari ini menekankan latihan teknik bermain didalam gelanggang dan juga perlawanan satu lawan satu.

Sekian 
Abd Latif Arshad
PPN Selangor


Sent from Samsung Mobile

TERJUN : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( Bil 02/09 )


TARIKH                         :  27hb September 2017 ( Rabu )
TEMPAT                        :  Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam Selangor
MASA LATIHAN           :  4.00 -7.30 Petang
MASA PEMANTAUAN  : 4.30-5.40  Petang

KEHADIRAN :

1)  Encik Rossarisham Bin Roslan ( JPM )
2)  Puan Nur Hazzarina Binti Jimie ( JSM )​
3)  Atlet :  22 orang ( 12 lelaki & 10 wanita )

Program Latihan

- Jurulatih Elizabeth menjalankan latihan fizikal ke atas atlet. Bagi latihan di kolam pula, atlet menjalani latihan 1m & 3m platform forward entry & back entry.

- Jurulatih Rossarisham dan atlet dibawah kendalian beliau berlatih di gim akuatik.









Ujian
Tiada

Pertandingan
-  Tiada kejohanan diadakan pada bulan September. Atlet meneruskan latihan seperti kebiasaan yang telah ditetapkan oleh jurulatih mengikut program latihan.
  
Peralatan

- Adalah dimaklumkan tali pada pully telah diganti baru . Sebanyak 2 set tali masih belum mencukupi.

Kecederaan
Tiada laporan kecederaan atlet dimaklumkan oleh jurulatih

Program Binaan
- Belum dijalankan.

Ulasan

1) Sesi latihan berjalan dengan lancar. 

2) 2 orang atlet telah menjalani latihan semula setelah bercuti di sepanjang minggu peperiksaan UPSR.

3) Jurulatih memaklumkan bahawa tali pada pully telah digantikan dengan yang baru tetapi tali tersebut masih tidak mencukupi sebanyak 2 set.

4) Pemerhatian telah dibuat dan keadaan pully agak bising semasa jurulatih menarik tali ( video ) . Dimaklumkan pully ini agak lama dan seharusnya ditukar.

Sekian untuk laporan.

Terima kasih.

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


Wednesday, September 27, 2017

PEMANTAUAN PLD MEMANAH HULU LANGAT USPTN SELANGOR


SUKAN : MEMANAH
tarikh : 27.9.2017 
Masa : 3.30pm - 6.30pm
Tempat : SMKA MAAHAD HAMIDIAH 
Kehadiran :
1. En.Nazmi Azmir (JSM)
2. 14 atlet lelaki 11 atlet wanita

LATIHAN
1. Warming up
2. Skoring 30meter dan 50 meter dan 70 meter

UJIAN
Skoring

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN 
Tiada 

ULASAN
Latihan harian berjalan seperti biasa. Hari ini adalah skoring untuk semua atlet PLD Hulu Langat. Atlet baru yang berada di tingkatan membuat skoring bagi jarak 30 meter. Bagi atlet tingkatan 2 - 4 membuat skoring pada jarak 50m dan 70m.

Abd Latif Arshad
PPN Selangor



Sent from Samsung Mobile

Tuesday, September 26, 2017

PEMANTAUAN SUKAN SKUASY USPTN SELANGOR


SUKAN : SKUASY
tarikh : 26.9.2017 
Masa : sesi 1: 4.30pm - 9.00pm
Tempat : SMK (L) Bukit Bintang
Kehadiran :
1. Calvin chang (JPM)
3. 13atlet lelaki 3 atlet wanita
 
LATIHAN
1. Sparring

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

PERALATAN
Berada dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN 
Tiada 

ULASAN
Latihan pada hari selasa adalah latihan sparring. Tiada sebarang ujian dijalankan. Pemain akan berlawan sesama sendiri dalam format best of 3. Atlet wanita akan berlawan dgn atlet lelaki untuk bermain dengan lebih pantas dan cergas.

Sekian 
Abd Latif Arshad
PPN Selangor


Sent from Samsung Mobile

Thursday, September 21, 2017

PEMANTAUAN BULANAN LATIHAN SUKAN OLAHRAGA

SUKAN : OLAHRAGA

Tarikh : 21.09.2017
Masa : 8.00 Pagi - 11.00 Pagi
Tempat : SMK Taman Sea, Petaling Jaya

KEHADIRAN
1. Zolkifly Ab. Majid - JSM (PLN)
2. Atlet - Lelaki - 13 Wanita - 9

LATIHAN
1. Warming Up - 10 Minit
2. Latihan Kemahiran & Teknik
3. Basic Hurdles 
4. Merejam lembing / Lempar cakera

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada pertandingan dalam masa terdekat

PERALATAN
Semua dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan

PROGRAM BINAAN
Tiada

ULASAN

1. Sesi latihan kali ini adalah latihan wajib bulanan.

2. Jurulatih memaklumkan akan membuat beberapa penilaian bagi memilih atlet ke kejohanan Terbuka Negeri Sembilan.

3. Latihan bersambung pada sesi petang di Stadium MBPJ bagi atlet yang bersekolah pagi.

Sekian 

Mohd Firdaus Bin Rosli
PPN Sukan Olahraga
Tarikh : 21.09.2017

Monday, September 18, 2017

SEPAK TAKRAW PLD - LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN

Tarikh : 15hb September 2017

Masa : 5.00 - 6.00 petang

Tempat : Gelanggang SK Sijangkang Jaya, Sijangkang

Kehadiran : 1 JSM PLD (Suhaimi Sayuti)
                    20 atlet

Latihan dijalankan sebanyak 3 kali seminggu dan kehadiran atlet menurut jurulatih amat memberangsangkan.

Majoriti atlet kurang kemahiran asas dan ramai atlet baru berada dalam program ini, 

Pendedahan latihan dan kejohanan yang lebih kerap akan meningkatkan tahap permainan individu pemain ini.

sekian, harap maklum

--
NORAZIZAM BIN MOHAMAD NOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
SUKAN MENEMBAK, TENPIN BOLING DAN SEPAK TAKRAW
UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI NEGERI SELANGOR

PEMANTAUAN BULANAN SUKAN TAEKWONDO

SUKAN : TAEKWONDO

Tarikh : 17.09.2017
Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
Tempat : PLN Taekwondo Selangor, Banting

Kehadiran :

1. Arikrishnasamy A/L Sokalingam - JSM
2. Atlet : Lelaki - 9 Wanita - 2

LATIHAN
1. Warming Up
2. Latihan kecergasan
3. Tendangan
4. Sparring

UJIAN

Tiada

PERTANDINGAN

Tiada kejohanan

PERALATAN

Peralatan dalam keadaan baik

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan

PROGRAM BINAAN
Ujian ketangkasan masih dalam perancangan untuk mendapatkan tarikh dan tempat yang sesuai.

ULASAN

1. Latihan yang diadakan adalah latihan wajib mingguan. Kehadiran atlet tidak memuaskan kerana kebanyakkan atlet akan menjalani peperiksaan PT3.

2. Semua atlet telah hadir menjalani latihan seperti biasa.

3. Sesi latihan pada hari ini lebih kepada latihan kecergasan.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh:

Mohd Firdaus Bin Rosli
PPN Taekwondo Negeri Selangor
Tarikh : 18.09.2017

PEMANTAUAN BULANAN SUKAN PELAYARAN

SUKAN : PELAYARAN

Tarikh : 17.09.2017
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Pusat Latihan Sukan Layar Selangor, Batu Laut, Tanjung Sepat

Kehadiran :
1. Sharul Abd Razak - JPM
2. Sahril Abd Razak - JPM Negeri
3. Muhammad Amirul Rudin - JSM
4. Saiful - JSM (Negeri)
5. Atlet : Lelaki - 12 Wanita - 8

LATIHAN
1. Ujian Kecergasan
2. Persiapan peralatan
3. Taklimat latihan
4. Latihan dilaut

UJIAN
Jurulatih mengadakan ujian kecergasan pada semua atlet yang hadir

PERTANDINGAN
Akan menyertai pertandingan Johor Open Regatta pada 21-24 September 2017

PERALATAN
Perlu penambahan dan gantian bagi peralatan kecil

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan

PROGRAM BINAAN
Kem Tahunan pada Disember 2017

ULASAN

1. Jurulatih mengadakan ujian kecergasan pada semua atlet dan laporan ujian akan dimaklumkan.

2. Latihan dilaut dijalankan pada sesi petang. Latihan berjalan seperti biasa dan tiada kecederaan dilaporkan.

3. Jurulatih memaklumkan seramai 12 orang atlet akan menyertai kejohanan Johor Open Regatta 2017.

Sekian.

Laporan disediakan oleh :

Mohd Firdaus Rosli
PPN Sukan Pelayaran
Tarikh : 18.09.2017

Friday, September 15, 2017

SELANGOR - PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN BERBASIKAL

Tarikh: 12/09/2017
Masa:  3.30 - 5.30 Petang
Tempat:  Sekitar Seksyen 4 Shah Alam.
 
KEHADIRAN 
1. Rizal Tisin (JPM)
2. Atlet –  14 = 11 (L) 3 (W)

LATIHAN
1.  Streching 
2.  Kayuhan Sekitar Shah Alam (50km)
3.  Kelajuan yang ditetapkan 30km/j
4. Pecutan di pusingan terakhir

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Tiada

KECEDERAAN
Tiada
PERALATAN
Tiada
PROGRAM BINAAN
Tiada
ULASAN

1.  Atlet Nurul Nazirah Rosli mengalami sakit belakang sebelum ini telah pulih dan telah menyertai latihan seperti biasa.

2.  Atlet dalam persiapan ke kejohanan  JCM di Kuala Lumpur Sports City pada 30 september 2017.

3.  Sdo  memaklumkan kepada jurulatih permohonan peralatan kecil telah diluluskan dan sekarang di peringkat pembayaran.

4. Jurulatih memohon kepada SDO untuk mengeluarkan surat pelepasan kepada atlet yang tinggal di asrama disebabkan atlet tidak dapat pelepasan dari pihak sekolah bagi latihan pada hujung minggu. 

5. Latihan berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah dan dihentikan pada waktu puncak jalanraya bagi mengelakkan sebarang masalah.





Thursday, September 14, 2017

PEMANTAUAN PLN TINJU USPTN SELANGOR


SUKAN : TINJU

Tarikh : 14.9.2017 
Masa : 4.30pm - 7.00pm
Tempat : Pusat Latihan Tinju Sungai besar

Kehadiran :
1. En. Ariff Idhan (JSM)
2. En. Kamal Arshad
2. 4 atlet lelaki

LATIHAN
1. Warming up
3. Fitness
2. Latihan teknik

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
Kejohanan Tinju 4 Penjuru Jemputan Johor

PERALATAN
Baru menerima 4 pasang glove untuk latihan

KECEDERAAN
Tiada

PROGRAM BINAAN 
Tiada 

ULASAN
Latihan hari ini merupakan latihan harian seperti biasa. Seramai orang atlet menjalani latihan. Kebanyakan atlet tidak dapat hadir sesi latihan kerana sedang memberi tumpuan kepada peperiksaan PT3 dan SPM yang akan datang. 2 orang atlet pelapis akan menyertai kejohanan 4 penjuru jemputan Johor. 


Sekian 
Abd Latif Arshad
PPN Selangor