Tuesday, January 30, 2018

GIMRAMA : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( Bil 2/Jan )


Tarikh    :  27hb Januari 2018 ( Khamis )
Tempat  :  Dewan latihan gimrama, Kompleks Sukan SUKSES, Seksyen 6 Shah Alam
Masa latihan : 8.00 pagi  - 2 Petang
Masa pemantauan : 9.00 pagi - 10.30 pagi

Kehadiran 

1) Cik Makoto Sato ( JPM )
2) Atlet : 7 Orang


Program Latihan :
 - Latihan tanpa alat







Ujian
- Tiada.

Pertandingan

- Tiada pada bulan Januari 2018

Peralatan 

- Peralatan latihan berkeadaan baik,
- Persekitaran kawasan latihan didapati agak kotor, peralatan sukan gimnastik artistik masih belum dialihkan selepas tempat latihan pasukan gimnastik artistik telah dipindahkan ke dewan bersebelahan.

Kecederaan

- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan

- Tiada

Ulasan  

- Pemantauan ke pusat latihan ini merupakan kali pertama bagi saya yang baharu sahaja mengambil alih sukan ini daripada En Nazrin.

- Sesi latihan berjalan dengan lancar, jurulatih memaklumkan hanya seorang atlet tidak dapat hadir ke sesi latihan. Atlet menjalani latihan sebagai persediaan untuk menyertai             Kejohanan Gimrama MSSD yang akan diadakan pada bulan februari 2018.

- Jurulatih memaklumkan akan ada pertambahan atlet baru yang akan mula menjalani latihan bersama belia pada bulan April. 



SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


Virus-free. www.avg.com

Monday, January 29, 2018

PEMANTAUAN BULANAN PLN SUKAN PELAYARAN

SUKAN : PELAYARAN

Tarikh : 27.01.2018
Masa : 7.00 Pagi - 6.30 Petang
Tempat : Pusat Latihan Sukan Layar Selangor, Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat

Kehadiran :
1. Sharul Abd Razak - JPM
2. Sahril Abd Razak - JPM (Negeri)
3. Muhammad Amirul Muzammir - JSM
4. Saiful Bahtiar - JSM (Negeri)
5. Atlet : Lelaki - 29 Wanita - 10

LATIHAN
1. Latihan Pemanas Badan
2. Persiapan peralatan
3. Taklimat latihan
4. Latihan dilaut (2 Sesi)

UJIAN
Tiada ujian dijalankan

PERTANDINGAN
Seramai 16 orang atlet akan menyertai Kejohanan 15TH KFC-LANGKAWI INTERNATIONAL REGATTA PERDANA 2018 yang akan berlansung pada 30hb Januari hingga 7hb Februari di Pusat Latihan Pelayaran Kebangsaan, Langkawi

PERALATAN
Perlu penambahan dan gantian bagi peralatan kecil

KECEDERAAN
Tiada kecederaan dilaporkan

PROGRAM BINAAN
Masih dalam perancangan 

ULASAN

1. Kehadiran atlet mengikuti latihan amat memuaskan.

2. Masih mengekalkan atlet yang sedia ada dan ada beberapa penambahan atlet baru sedang dalam suai kenal latihan.

3. Latihan yang dijalankan lebih kepada persediaan ke kejohanan yang akan disertai.

4. JPM Sharul Abd Razak memohon peralatan tali-tali kecil untuk latihan dan pertandingan sepanjang tahun 2018.

5. JPM Sharul juga memaklumkan penumpuan latihan pada tahun ini akan diberikan kepada JPM Negeri agar persedian ke SUKMA berjalan dengan lancar.

Sekian. Terima kasih.

Laporan disediakan oleh :

Mohd Firdaus Rosli
PPN Sukan Pelayaran
Tarikh : 28.01.2018






PEMANTAUAN PLN GIMNASTIK ARTISTIK USPTN SELANGOR



SUKAN : GIMNASTIK ARTISTIK
tarikh : 27.1.201
Masa : 9.30am - 11.30am
Tempat : SRJKC YOKE KUAN SEKINCHAN
Kehadiran :
1. En. Mohd Nurul Zaiman Mansur(JSM)
2. 8atlet lelaki 4 atlet wanita

LATIHAN
1. Warming up
2. Latihan trampoline 
3. Latihan lantai

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
tiada

PERALATAN
Bumbung dewan apabila hujan akan berlaku kebocoran

KECEDERAAN
Tiada.

PROGRAM BINAAN 
Tiada 

ULASAN
Latihan berjalan dengan baik. Atlet menjalani latihan seperti biasa seramai 8 org atlet lelaki dan 4 atlet wanita menjalani latihan pada kali ini. Dimaklumkan dari jurulatih beberapa atlet baru telah masuk ke dalam program bagi tahun 2018. 

Abd Latif Arshad
PPN Selangor

Sent from Samsung Mobile

Sunday, January 28, 2018

PEMANTAUAN PLD MEMANAH SABAK BERNAM USPTN SELANGOR


SUKAN : MEMANAH
tarikh : 27.1.201
Masa : 8.00 am - 11.00am
Tempat : SMK BAGAN TERAP
Kehadiran :
1. En. Saifullah Hashim (JSM)
2. 5 atlet lelaki 11 atlet wanita

LATIHAN
1. Warming up
2. Latihan teknik 10m,30m dan 60m

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
tiada

PERALATAN
Target but yang sedia ada mengalami kerosakan dimana kebayakkannya errow sudah menembusi target but berkenaan

KECEDERAAN
Tiada.

PROGRAM BINAAN 
Tiada 

ULASAN
latihan berjalan dengan baik. Terdapat beberapa atlet baru dalam sesi latihan pada kali ini. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu.  Keadaan padang agak lecak kerana musim hujan. Latihan akan berterusan kerana persiapan bagi menjalani kejohanan pada tahun 2018.

Abd Latif Arshad
PPN Selangor


Sent from Samsung Mobile

Friday, January 26, 2018

RENANG : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( Bil 1/Jan )


Tarikh    :  25hb Januari 2018 ( Khamis )
Tempat  :  Pusat Akuatik Darul Ehsan ( PADE ), Shah Alam
Masa latihan : 7.00 - 9.00 Malam
Masa pemantauan : 7.10-8.30 Malam

Kehadiran 

1) Encik Mark Chua Yu Foong ( JSM )
2) Encik Mohktar Bin Hamidi ( JSM )
3) Atlet : 27 Orang


Program Latihan :

 - 8x100 25 sprint.
 - 6x25 1FR 1 Individual Medley
 - Pull : 12 x 100 FR Paddle.
 - Kick 2 ( 8x50) side kicks 
- Swim 6x
   * 200 paddle + fin
   * 100 - Fin
   * 50 sprint
   * 25 sprint








Ujian
- Tiada.

Pertandingan

- Tiada

Peralatan 

- Berkeadaan baik

Kecederaan

- Tiada laporan kecederaan atlet yang diterima dari jurulatih.

Program Binaan

- Tiada

Ulasan  

- Sesi latihan berjalan dengan lanvcar. Jurulatih amat menekankan atlet yang tidak bersedia, agar lebih fokus semasa latihan memandangkan Kejohanan Selangor Age Group akan di adakan pada 1-4 February 2018.

- Jurulatih Mark memaklumkan, program latihan beliau amat mementingkan program pembangunan bagi jangka masa panjang. Beliau memaklumkan, fasa permulaan seseorang atlet renang hanya benar-benar bermula pada umu 17-18 tahun. Menurut beliau, amat merugikan bagi seseorang atlet yang menghabiskan masa latihan tetapi berhenti pada usia 17 - 18 tahun.

- Jurulatih memaklumkan seramai 17/27 orang atlet yang dikenalpasti berpotensi tinggi dalam sukan renang.


                              
Sekian, untuk laporan


SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


TERJUN : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET (Bil 2/Jan )

TARIKH                           :  25hb Januari 2018 ( Khamis)
TEMPAT                          :  Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam Selangor
MASA LATIHAN             :  4.00 Petang -8.00 Malam
MASA PEMANTAUAN   :  5.00 - 6.45  Petang

KEHADIRAN :

1)  En Rossarisham Bin Roslan( JPM )
2) Puan Elizabeth Binti Jimie (JSM)
     Atlet : 17 Orang 

Program Latihan

- 'Competition dive', bagi kedua-dua kumpulan atlet.








Ujian

Tiada

Pertandingan

- Belum ada pada bulan Januari.

Peralatan

- Mencukupi, cuma ada beberapa peralatan yang perlu diperbaiki.

Kecederaan

Tiada kecederaan atlet dilaporkan.

Program Binaan

- Belum dijalankan.


Ulasan

1) Sessi latihan berjalan dengan lancar dengan kumpulan pertama atlet berlatih pada pukul 4.00 - 8.00 malam manakala kumpulan kedua menjalani latihan pada jam 6.00 - 8.30 malam.

2) Atlet menjalani latihan sebagai persediaan bagi penyertaan Kejohanan Selangor Age Group 2018 pada 10.02.2018 di PADE, Shah Alam.

3) Jurulatih Rossarisham memaklumkan beberapa orang atlet telah mula menjalani latihan terjunan.

4) Pemakluman penganjuran Kejohanan Karnival Pelapis telah dibuat kepada jurulatih iaitu pada 08.11.2018 di Negeri Sembilan.

Sekian, untuk laporan

SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


Thursday, January 25, 2018

PEMANTAUAN PLD MEMANAH HULU LANGAT


SUKAN : MEMANAH
tarikh : 24.1.201
Masa : 2.45 pm - 6.00pm
Tempat : SMKA MAAHAD HAMIDIAH 
Kehadiran :
1. En. Nazmi Azmir (JSM)
2. 9atlet lelaki 8 atlet wanita

LATIHAN
1. Warming up
2. Latihan teknik 30m dan 60m

UJIAN
Tiada

PERTANDINGAN
tiada

PERALATAN
Dalam keadaan baik. 

KECEDERAAN
Tiada.

PROGRAM BINAAN 
Tiada 

ULASAN
latihan berjalan dengan baik. pada awal tahun 2018 atlet masih lagi dalam sesi penyesuaian semula bagi menghadapi kejohanan pada tahun 2018. terdapat beberapa atlet baru yang yang diserapkan ke dalam program PLD Memanah SMK MAAHAD HAMIDIAH ini. 

Abd Latif Arshad
PPN Selangor


Sent from Samsung Mobile

Monday, January 22, 2018

GIMRAMA : PEMANTAUAN LATIHAN ATLET ( Bil 1/Jan )


TARIKH                           :  17hb Januari 2018 ( Rabu )
TEMPAT                          :  SJKC Taman Rashna, Klang
MASA LATIHAN             :  9.00 - 11.00 Pagi
MASA PEMANTAUAN   :  9.15 - 10.30 Pagi

KEHADIRAN :

1)  Cik Tiffany Hew Wan Ting( JSM )
     Atlet : 7 orang 


Program Latihan
- Latihan fizikal
- Fleksibiliti
- Tali
- Gelung
- Bola








Ujian

Tiada

Pertandingan

- Atlet menjalani latihan sebagai persediaan bagi penyertaan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Selangor yang akan di adakan pada 23hb Januari 2018 ( Selasa ). Pertandingan tersebut akan diadakan di SJKC Taman Rashna, Klang.

Peralatan

- Mencukupi.

Kecederaan

Tiada kecederaan atlet dilaporkan.

Program Binaan

- Belum dijalankan.


Ulasan

1) Sesi latihan berjalan dengan lancar. Hanya atlet gimrama sahaja yang menggunakan dewan untuk latihan pada waktu tersebut.

2) Jurulatih memaklumkan semua atlet terlibat dengan pertandingan MSSS pada 23hb Januari 2018. Atlet akan menjalani  control testing pada 23hb Januari 2018 pada sebelah pagi sebelum pertandingan dimulakan pada tengah hari.


Sekian, untuk laporan


SUHANA SUHAILI
Pegawai Pembangunan Negeri
Sukan Angkat Berat dan Akuatik ( Renang & Terjun )

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor,
Tingkat 3, Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor,
Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.

Tel        +603-55196380 ( samb 121
H/p        019 - 313 9562


WARNING: Authentication Required

Please enter your username and password to continue.